Khamis, 11 Oktober 2012




Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.



Ini bendera Malaysia. Nama bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang. Jalur Gemilang mempunyai empat warna iaitu merah, putih, biru, dan kuning.
Bendera ini mempunyai tujuh jalur berwarna putih dan tujuh jalur berwarna merah. Jalur-jalur ini melambangkan bilangan negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. Di petak yang berwarna biru ada bulan sabit dan bintang berwarna kuning. Warna biru melambangkan perpaduan rakyat. Warna kuning adalah warna diraja. Bulan sabit pula melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Jalur Gemilang sentiasa dikibarkan di bangunan-bangunan kerajaan dan di sekolah-sekolah. Kita hendaklah sentiasa menghormati Jalur Gemilang. Kita perlu berbangga dengan bendera negara kita.


Apakah nama bendera Malaysia? ______________________________________
Berapakah warna bendera Malaysia? ___________________________________
Apakah warna-warna pada bendera Malaysia? _____________________________
Apakah maksud jalur-jalur pada bendera Malaysia? _________________________
Apakah agama rasmi negara kita? _______________________________________
Di manakah bendera Malaysia selalu dikibarkan?___________________________

1 ulasan:

  1. Harap maklumat ini sesuai untuk semua murid yang melayari blog saya.T>Q

    BalasPadam