Selasa, 4 Disember 2012


Kata Penguat

1.Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2.Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh
PalingAgakSungguhAmat
TerlaluNianBenarPaling

3.Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
4.Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
5.Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh
1.Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
2.Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
3.Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
4.Kereta api itu sangat laju.


5.Kereta itu laju sangat.
  


Latihan Kata Penguat

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

sangat   paling   sungguh   sangat   benar
1. Pokok kelapa itu  tinggi.
2. Razak  gemuk dalam kelas itu.
3. Kuih yang digoreng oleh kakak  garing.
4. Baju yang dipakai oleh Firdaus  besar.
5. Buku-buku di situ tebal .

14 ulasan: