Sabtu, 24 November 2012

Latihan Kata Arah



Kata arah

1. Rumah Rak Ali terletak di _____________perkampungan itu.
        A.  Samping       B. pinggir      C. sudut         D. atas

2. Hassan meletakkan beg-beg itu di__________bonet kereta.
  A. tengah           B. dalam        C. atas          D. tepi

3. Yang Jin bersembunyi di_________meja apabila melihat ibunya membawa sebatang rotan.
  A.   samping      B. sudut        C. bawah       D. atas

4. Terdapat sebuah pondok usang di ________Kampung Semerah itu. 
  A.   samping     B. penjuru     C. hujung       D. bawah

5. Para pendaki muda itu berazam untuk menakluki _________Gunung Kinabalu.
  A.   hadapan     B. selekoh     C. puncak      D. dalam

6. Pak Hassan membina sebuah reban ayam di ________rumahnya.
  A.   belakang    B. tengah       C. dalam        D. atas

7. Kanak-kanak itu bermain pasir semasa berkelah di ___________pantai.
  A.   tepi            B. atas            C. luar           D. pangkal

8. Annie memasukkan buku itu ke ________beg yang dibawanya.
  A . tepi             B. dalam        C. utara         D. luar

9. Kana-kanak itu sedang bermain di ______sebatang pokok yang rendang.
  A.  atas            B. dasar        C. hujung        D. bawah

10. Terdapat sebuah restoran di _______taman permainan itu.
  A.   puncak     B. antara       C. tengah        D. hadapan

11. Terdapat beberapa buah rumah di __________Bukit Puteri Indah itu .
  A.   puncak     B. selatan       C. antara        D. luar

12.  Penyelam itu menemui batu karang dan spesies ikan yang cantik semasa menyelam di _________laut Pulau Redang.
  A.  samping    B. dasar          C. atas           D. tepi

13. Terdapat sebatang sungai yang jernih airnya di ________rumah datuk.
  A . atas           B. penjuru      C. pangkal     D. belakang

14. Adiknya sedang duduk di ________buaian sambil menyanyi.
  A.  atas           B. barat          C.  bawah      D. hadapan

15. Para pemandu diingatkan agar berhati-hati semasa melalui_____yang tajam di jalan tiu.
  A. tepi            B. utara          C. penjuru      D. selekoh

16. Negeri Kedah terletak di ________Semenanjung Malaysia dan terkenal dengan gelaran jelapang padi.
  A.  selatan      B. utara          C. barat          D. timur

17. Mereka berbual-bual di ________ rumah sambil menghirup udara segar.
  A. penjuru      B. antara        C. hujung       D. luar

18. Lim terjatuh ke _______longkang besar yang terdapat di depan rumah datuknya.
  A. tepi            B. sisi             C. dalam        D. selekoh