1.Kata kerja ialah kata yang pada umumnya disertai
awalan ber-,men-,ter-,dan sebagainya.
2.Kata kerja terbahagi kepada:
(a) kata kerja tak transitif
(b) kata kerja transitif
(c) kata kerja pasif
3.Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang
dapat berdiri sendiri dengan maknanya yang lengkap.
Misalnya:
(a) Ayah tidur.
(b) Penyanyi itu menari.
4.Beberapa contoh kata kerja tak transitif ialah:
ada,bocor,kandas.
5.Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk membentuk ayat yang lengkap.
6.Objek yang menyertai kata kerja transitif mesti frasa nama.Misalnya:
Abang membaca buku.
(a) membaca-kata kerja transitif
(b) buku-objek
7.Beberapa contoh kata kerja transitif ialah:
makan,melukis,minum.
8.Kata kerja pasif terjadi daripada kata kerja transitif yang awalan me- nya
ditiadakan.
Contohnya:
Kata Kerja Transitif
|
Kata Kerja Pasif
|
mengambil
|
ambil
|
9.Ada tiga jenis kata kerja pasif.
(a)kata kerja pasif diri pertama
(b)kata kerja pasif diri kedua
(c)kata kerja pasif diri ketiga
10.Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja yang berimbuhan ku-. Contohnya:kuambil,
kuperoleh, kududuki
11.Kata kerja pasif diri kedua ialah kata kerja yang berimbuhan kau- .Contohnya:kauambil,
kauberikan, kaududuki
12.Kata kerja pasif diri ketiga ialah kata kerja yang berimbuhan di-.Contohnya:diambil,
diberikan, diduduki
Latihan
Kata Kerja
Kata Kerja
1. Budak
yang nakal itu _______burung yang bertenggek di atas dahan pokok.
A. Melastik
B.
membaling C. menembak
2. Emak
sedang ________bawang di dapur.
A. Menghiris
B. membelah
C. mencencang D.
menggoreng
3. Walaupun
Pak Busu buta, dia pandai __________raga.
A. Menenun
B. menjahit
C. menyulam
D. menganyam
4. Samad
dan adiknya _______semak di tepi rumah.
A. Menebas
B. menebang
C. mencabut
5. Pemuda
itu telah ________beg tangan Kak Tijah.
A. Mencabut
B. meragut
C. mengangkat
6. Para
penonton ______sambil menyaksikan acara lumba lari dalam temasya sukan itu.
A. Meraung
B. melaung
C. bersorak D. berseru
7. Pembeli
memang suka _____kerana inginkan harga yang murah.
A. Ejek-mengejek
B. minta-meminta
C. tawar-menawar
8. Ibu
_______air untuk membancuh kopi.
A. Menanak
B. mencelur
C. mengukus D. menjerang
9. Nelayan
itu _____jalanya untuk menangkap ikan.
A. Menebarkan
B. membukakan C. membalingkan
D. membentangkan
10. Sultan telah __________pingat
kepada Encik Lee yang banyak berjasa kepada masyarakat.
A. Menyerahkan
B. menyampaikan C. menghadiahkan D. menganugerahkan
11. Pak Mat hendak ________pokok
mangga di hadapan rumahnya.
A. Menebas
B. memotong
C. menebas
12. Guru Besar ___________piala
kepada para pemenang.
A. Memberikan
B. menganugerahkan C. menyampaikan
13. Pak Hamid _________seekor
kambing kerana hendak mengadakan kenduri pada malam itu.
A. Mencencang
B.
memotong C.
menghiris D. menyembelih
14. Abang saya baru
selesai___________peperiksaan UPSR.
A. Mengambil
B. menduduki
C. menerima
15. Anak kucing yang terjatuh ke
dalam longkang itu _________kesejukan.
A. Menggigil
B.
menghidap
C. menggigit
16. Datuk _________cermin mata
semasa membaca surat khabar.
A. Memakai
B. membuka
C. mengambil
17. Kira-kira pukul 1.00 petang,
ibu sudah siap ______makanan di atas meja.
A. Menyampaikan
B. menghidangkan
C. memasak
18. Sejak ________penyakit barah,
Pak Busu kelihatan muram sahaja.
A. Menerima
B.
menghidap
C. menuntut
19. Fazli akan __________di luar
negara setelah tamat sekolah menengah.
A. Mengajar
B.
menuntut
C. belajar
20. Chee Leong menolong datuknya__________durian
yang telah gugur.
A. Menyapu
B.
mengutip C.
menjolok D. mengait
21. Ibu saya yang _____________baju
kurung ini.
A. Memakai
B. melipat C. menjahit
D. menggosok
22. Bapa Susi _______sebuah beg
semasa pergi ke pejabat.
A. Menjunjung
B. menatang C. menjinjing
D. memegang