Khamis, 11 Oktober 2012




Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.



Ini bendera Malaysia. Nama bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang. Jalur Gemilang mempunyai empat warna iaitu merah, putih, biru, dan kuning.
Bendera ini mempunyai tujuh jalur berwarna putih dan tujuh jalur berwarna merah. Jalur-jalur ini melambangkan bilangan negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. Di petak yang berwarna biru ada bulan sabit dan bintang berwarna kuning. Warna biru melambangkan perpaduan rakyat. Warna kuning adalah warna diraja. Bulan sabit pula melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Jalur Gemilang sentiasa dikibarkan di bangunan-bangunan kerajaan dan di sekolah-sekolah. Kita hendaklah sentiasa menghormati Jalur Gemilang. Kita perlu berbangga dengan bendera negara kita.


Apakah nama bendera Malaysia? ______________________________________
Berapakah warna bendera Malaysia? ___________________________________
Apakah warna-warna pada bendera Malaysia? _____________________________
Apakah maksud jalur-jalur pada bendera Malaysia? _________________________
Apakah agama rasmi negara kita? _______________________________________
Di manakah bendera Malaysia selalu dikibarkan?___________________________

ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG


Baca petikan di bawah.  Kemudian, lengkapkan ayat-ayat di bawah.


     Mei Ling sekeluarga pulang ke kampung datuknya di Kedah.  Datuk Mei Ling seorang petani.  Semasa di kampung, Mei Ling pergi ke sawah datuknya.
     Mei Ling suka berlari di atas batas.  Dia bermain bersama sepupunya di kampung.  Mei Ling seronok pulang ke kampung.

1. Mei Ling sekeluarga pulang ke kampung datuknya di ____________________.
   
2.    Datuk Mei Ling seorang ________________________.

3. Semasa di kampung Mei Ling suka berlari di   atas________________________.

4.    Mei  Ling bermain bersama_____________________________.

5.        Mei Ling seronok pulang ke _____________________.



MAKSUD:

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat.


JENIS KATA HUBUNG:


a. Kata hubung gabungan:


Contoh : dan, serta, atau, sambil, lalu, maka


b. Kata hubung pancangan:

Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila


c. Kata hubungan berpasangan:

Contoh : oleh sebab – maka, walaupun – namun, biarpun – tetapi, meskipun – namun, baik – mahupun, sama ada – mahupun, bukan sahaja - malah



Gariskan kata hubung yang sesuai bagi ayat di bawah.


1. Ah Chong menanam sayur sawi (dan , tetapi ) cili di belakang rumahnya.

2. Kamu hendak melawat Menara Kuala Lumpur ( sambil , atau ) Menara Kembar Petronas ?

3. Telefon Bimbit itu amat cantik ( atau, tetapi ) harganya mahal.

4. Kamu hendak beli buku cerita ( atau, sambil ) buku bacaan.

5. Bulan ( dan  , atau ) bintang pada Jalur Gemilang berwarna kuning.



KATA TANYA



Kata tanya digunakan untuk menanyakan atau menyoal sesuatu.



Apa - untuk menyoal benda atau haiwan

Bila - untuk meyoal masa

Bagaimana - untuk menyoal cara atau keadaan

Siapa - untuk menyoal orang atau nama orang

Mana - untuk menyoal kedudukan atau tempat

Berapa - untuk menyoal jumlah, harga atau bilangan

Mengapa - untuk menyoal sebab



BM Tahun 3 : Latihan Kata Tanya




Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai. 



berapakah mengapakah apakah siapa bilakah bagaimanakah mana


1. ______________________ dua orang budak perempuan itu menangis di kantin ?



2. _______________________ jumlah gula-gula dalam botol itu ?



3. _______________________ Roxanne boleh terjatuh ke dalam longkang ?



4. Lagu itu ditujukan kepada _____________ ?



5. Jelapang padi banyak terdapat di negeri ________________ ?



6. Selepas mencuci sayur ini, _______________ langkah seterusnya ?



7. ___________________________ kamu akan memulangkan buku rujukan saya yang kamu pinjam ?






Jawapan : 



1. Mengapakah

2. Berapakah

3. Bagaimanakah

4. siapa

5. mana

6. apakah

7. Bilakah






AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
  

Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.

Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
            Subjek    =  Lelaki gemuk itu
            Predikat  =  sedang menembak burung.

Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.

2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : 
A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  
( Ayat Majmuk )

Latihan & Bank Soalan





Tukarkan ayat tunggal kepada ayat majmuk dengan kata hubung yang diberikan.






1.   komputer riba kecil.                                      (tetapi)
Komputer riba banyak kegunaan.

2.      Di rumah saya ada computer.                                    (dan)
Di rumah saya ada pembesar suara.

3.      Cindy hendak membeli cakera padat ?                      (atau)
Cindy hendak membeli disket ?         

4.      Ramli tidak menyertai perbarisan.                (tetapi)
Da Wei menyertai perbarisan.

5.      Bendera Malaysia lambing Negara.              (dan)
Jalur Gemilang lambing Negara.

6.      Semua murid berkumpul di padang.              (dan)
Semua guru berkumpul di padang.

7.      Mereka tidak menaiki bas.                             (tetapi)
Mereka berjalan kaki.

8.      Negara kita merdeka pada 31 Ogos 1957.    (dan)
Negara kita merdeka pada 16 September 1963.

9.      Kami melawat ke Dataran Merdeka.             (dan)
Kami melawat ke Tugu Negara.

10.  Sambutan Hari Kemerdekaan itu diadakan secara sederhana.                     (tetapi)
Sambutan Hari Kemerdekaan itu meriah.

11.  Chee Kong memuat turun gambar daripada internet.                                  (dan)
Chee Kong memuat turun permainan daripada internet.

12.  Saya suka menyimpan data dalam cakera padat.                                         (tetapi)
Aminah suka menyimpan data dalam computer.