KOLEKSI
CERITA PENDEK
ARNAB YANG PEMALAS
Cerita kanak-kanak tentang dua
sahabat.
Di sebuah hutan tinggal sepasang
sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka
menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab,
“Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada
tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab
arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh
di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita
tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi
esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi.
Keesokan pagi, cuaca sungguh
baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu
untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita
masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh
lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang
itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh.
“Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat
sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang
pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok
sahajalah,” kata arnab.
KERBAU BALAR
Dalam sekumpulan kerbau, ada
sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau
yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu
dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur
sekandang.
"Rupa kamu tidak sama
dengan kami," kata kerbau yang lain itu.
Kedua-dua kerbau balar itu
sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.
Pada suatu musim ,kerbau hitam
dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan
dihantar dan akan dipakaikan gelang merah.
Pada suatu hari, kedua-dua
kerbau merah itu tersesat ke tempat orang menyembelih kerbau. Kerbau balar
melihat beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu
selepas itu tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi.
Ketika kerbau-kerbau lain di
tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu melarikan diri ke hutan.
Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau balar
itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah untuk ditangkap lagi.
KAWAN YANG TIDAK JUJUR
Terdapat seekor rubah bernama
Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe
sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe
sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie
bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe.
Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba
mereka terserempak dengan seekor singa.
Kedua-duanya tidak dapat melarikan
diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia
berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. “Kamu tunggu di sini. Biar aku
pergi berunding dengan singa itu,”kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. “Hai,
Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah
gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana,” kata Joe dengan
lemah lembut. “Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak
cepat!” jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie. “Singa itu tak
mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok
di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus
menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi
makanan singa.
cerita yang menarik ini tentu dapat menghiburkan sesiapa yang mengunjungi blog cikgu. tahniah
BalasPadamAnak-anak saya suka mendengar cerita-cerita ini.
BalasPadamAnak-anak saya suka mendengar cerita-cerita ini.
BalasPadamcerita yang menarik.
BalasPadamcerita yang menarik dan mempunyai nilai yang baik....
BalasPadamCerita yang menarik
BalasPadamCerita yang menarik. Saya sukanya.
BalasPadam