Khamis, 11 Oktober 2012


Baca petikan di bawah.  Kemudian, lengkapkan ayat-ayat di bawah.


     Mei Ling sekeluarga pulang ke kampung datuknya di Kedah.  Datuk Mei Ling seorang petani.  Semasa di kampung, Mei Ling pergi ke sawah datuknya.
     Mei Ling suka berlari di atas batas.  Dia bermain bersama sepupunya di kampung.  Mei Ling seronok pulang ke kampung.

1. Mei Ling sekeluarga pulang ke kampung datuknya di ____________________.
   
2.    Datuk Mei Ling seorang ________________________.

3. Semasa di kampung Mei Ling suka berlari di   atas________________________.

4.    Mei  Ling bermain bersama_____________________________.

5.        Mei Ling seronok pulang ke _____________________.



MAKSUD:

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat.


JENIS KATA HUBUNG:


a. Kata hubung gabungan:


Contoh : dan, serta, atau, sambil, lalu, maka


b. Kata hubung pancangan:

Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila


c. Kata hubungan berpasangan:

Contoh : oleh sebab – maka, walaupun – namun, biarpun – tetapi, meskipun – namun, baik – mahupun, sama ada – mahupun, bukan sahaja - malah



Gariskan kata hubung yang sesuai bagi ayat di bawah.


1. Ah Chong menanam sayur sawi (dan , tetapi ) cili di belakang rumahnya.

2. Kamu hendak melawat Menara Kuala Lumpur ( sambil , atau ) Menara Kembar Petronas ?

3. Telefon Bimbit itu amat cantik ( atau, tetapi ) harganya mahal.

4. Kamu hendak beli buku cerita ( atau, sambil ) buku bacaan.

5. Bulan ( dan  , atau ) bintang pada Jalur Gemilang berwarna kuning.

4 ulasan: