Isnin, 8 Oktober 2012

Kata kerja



1.Kata kerja ialah kata yang pada umumnya disertai awalan ber-,men-,ter-,dan sebagainya.


2.Kata kerja terbahagi kepada:
  (a) kata kerja tak transitif
  (b) kata kerja transitif
  (c) kata kerja  pasif

3.Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan maknanya yang  lengkap.

Misalnya:
    (a) Ayah tidur.
    (b) Penyanyi itu menari.


4.Beberapa contoh kata kerja tak transitif ialah:
       ada,bocor,kandas.



5.Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk   membentuk ayat yang lengkap.



6.Objek yang menyertai kata kerja transitif mesti frasa nama.Misalnya:
    Abang membaca buku.
    (a) membaca-kata kerja transitif
    (b) buku-objek



7.Beberapa contoh kata kerja transitif ialah:
       makan,melukis,minum.



8.Kata kerja pasif terjadi daripada kata kerja transitif yang awalan me- nya ditiadakan.



   Contohnya:
   Kata Kerja Transitif      
                  Kata Kerja Pasif
   mengambil
                  ambil

9.Ada tiga jenis kata kerja pasif.
    (a)kata kerja pasif diri pertama
    (b)kata kerja pasif diri kedua 
    (c)kata kerja pasif diri ketiga 


10.Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja yang berimbuhan ku-. Contohnya:kuambil, kuperoleh, kududuki



11.Kata kerja pasif diri kedua ialah kata kerja yang berimbuhan kau- .Contohnya:kauambil, kauberikan, kaududuki



12.Kata kerja pasif diri ketiga ialah kata kerja yang berimbuhan di-.Contohnya:diambil, diberikan, diduduki





Latihan Kata Kerja

Kata Kerja
1.        Budak yang nakal itu _______burung yang bertenggek di atas dahan pokok.
A.      Melastik                     B.  membaling           C. menembak

2.       Emak sedang ________bawang di dapur.
A.      Menghiris            B. membelah                    C. mencencang   D. menggoreng

3.       Walaupun Pak Busu buta, dia pandai __________raga.
A.      Menenun                    B. menjahit                 C. menyulam      D. menganyam

4.       Samad dan adiknya _______semak di tepi rumah.
A.      Menebas                    B. menebang                C. mencabut

5.       Pemuda itu telah ________beg tangan Kak Tijah.
A.      Mencabut                   B. meragut                    C. mengangkat

6.       Para penonton ______sambil menyaksikan acara lumba lari dalam temasya sukan itu.
A.      Meraung                     B. melaung                    C. bersorak        D. berseru

7.       Pembeli memang suka _____kerana inginkan harga yang murah.
A.      Ejek-mengejek            B. minta-meminta          C. tawar-menawar

8.       Ibu _______air untuk membancuh kopi.
A.      Menanak          B. mencelur              C. mengukus          D. menjerang

9.       Nelayan itu _____jalanya untuk menangkap ikan.
A.      Menebarkan     B. membukakan       C. membalingkan    D. membentangkan

10.   Sultan telah __________pingat kepada Encik Lee yang banyak berjasa kepada masyarakat.
A.      Menyerahkan   B. menyampaikan   C. menghadiahkan  D. menganugerahkan

11.   Pak Mat hendak ________pokok mangga di hadapan rumahnya.
A.      Menebas          B. memotong                   C. menebas

12.   Guru Besar ___________piala kepada para pemenang.
A.      Memberikan     B. menganugerahkan      C. menyampaikan

13.   Pak Hamid _________seekor kambing kerana hendak mengadakan kenduri pada malam itu.
A.      Mencencang             B. memotong          C. menghiris           D. menyembelih

14.   Abang saya baru selesai___________peperiksaan UPSR.
A.      Mengambil                B. menduduki                   C. menerima

15.   Anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang itu _________kesejukan.
A.      Menggigil                  B. menghidap                    C. menggigit

16.   Datuk _________cermin mata semasa membaca surat khabar.
A.       Memakai                  B. membuka                     C. mengambil

17.   Kira-kira pukul 1.00 petang, ibu sudah siap ______makanan di atas meja.
A.      Menyampaikan          B. menghidangkan            C. memasak

18.   Sejak ________penyakit barah, Pak Busu kelihatan muram sahaja.
A.      Menerima                  B. menghidap                    C. menuntut

19.   Fazli akan __________di luar negara setelah tamat sekolah menengah.
A.      Mengajar                    B. menuntut                      C. belajar

20.   Chee Leong menolong datuknya__________durian yang telah gugur.
A.      Menyapu                    B. mengutip             C. menjolok            D. mengait

21.   Ibu saya yang _____________baju kurung ini.
A.      Memakai                     B. melipat                C. menjahit             D. menggosok

22.   Bapa Susi _______sebuah beg semasa pergi ke pejabat.
A.      Menjunjung               B. menatang            C. menjinjing           D. memegang


1 ulasan:

  1. Harap aktiviti latihan kata kerja ini dapat membantu semua murid yang melayari internet.

    BalasPadam