1. alah bisa tegal biasa
Maksud:
sesuatu perkara yang biasa dilakukan tidak akan kekuk atau terasa susahnya.
2. bagai aur dengan tebing
Maksud:
hidup saling bekerjasama.
3. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
Maksud:
biar bersusah payah sekarang, asalkan senang kemudian hari.
4. besar hati
Maksud:
orang yang sombong atau bongkak.
5. besar hati
Maksud:
perasaan bangga atau gembira terhadap sesuatu pemberian atau pertolongan.
6. buang yang keruh, ambil yang jernih
Maksud:
lupakan perkara yang buruk dan sempurnakan yang baru.
7. buruk siku
Maksud:
meminta kembali barang yang telah di beri.
8. buta hati
Maksud :
orang yang tidak tahu membezakan antara yang baik dengan yang buruk.
9. buta tuli
Maksud:
membuat sesuatu pekerjaan tanpa berfikir dengan lebih mendalam.
10. campur tangan
Maksud:
masuk campur di dalam sesuatu urusan.
11. cubit paha kanan, paha kiri terasa juga
Maksud:
jika seorang ahli keluarga mendapat kesusahan, ahli-ahli yang lain juga turut menghadapi kesusahan.
12. dalam tangan
Maksud:
sesuatu yang sudah pasti.
13. gaji buta
Maksud:
orang yang memperolehi gaji tanpa melaksanakan tanggungjawab dalam jawatannya.
14. genggam bara api, biar sampai jadi arang
Maksud:
walau bagaimana susah sesuatu pekerjaan itu, tetapi jika dilakukan dengan tekun dan sabar akhirnya akan menjadi sempurna.
15. hangat-hangat tahi ayam
Maksud:
seseorang yang membuat sesuatu pekerjaan secara bersungguh-sungguh pada mulanya sahaja tetapi dia akan meninggalkannya apabila terasa susah.
16. harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Maksud:
Melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir dan akhirnya mendatangkan kerugian.
17. hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh
Maksud:
untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu, seseorang itu akan menjalankan berbagai ikhtiar atau cara tetapi jika tidak dikehendakinya, bermacam-macam pula helahnya.
18. kalah jadi abu, menang jadi arang
Maksud:
sama ada menang atau kalah, kedua–dua pihak akan mendapat kerugian.
19. kata periuk belanga hitam
Maksud:
seseorang yang mengata keburukan orang lain, tetapi dia pun seburuk itu juga.
20. kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan
Maksud:
orang yang berasa besar hati apabila mendapat sesuatu.
21. langkah kanan
Maksud:
bernasib baik; menerima keuntungan atau sampai di sesebuah tempat dengan menerima rezeki yang mendatang.
22. langkah seribu
Maksud:
orang yang melarikan diri dengan sekuat-kuat hati kerana ketakutan.
23. lepas tangan
Maksud:
tidak mahu mengambil tahu, tidak mahu bertanggungjawab dalam sesuatu perkara.
24. loyar buruk
Maksud:
seseorang yang suka menunjuk-nunjuk kepintarannya tetapi sebenarnya dia tidak pandai.
25. makan angkat
Maksud:
orang yang suka dipuji.
26. makan suap
Maksud:
menerima rasuah
27. melepaskan batuk di tangga
Maksud:
membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh dan tidak sempurna.
28. mulut tempayan
Maksud:
orang yang tidak boleh menyimpan rahsia.
29. putih mata
Maksud:
orang yang kecewa kerana hajatnya tidak tercapai.
30. rambang mata
Maksud:
orang yang sukar hendak membuat pilihan.
31. ringan mulut berat punggung
Maksud:
orang yang pandai bercakap sahaja, tetapi malas bekerja.
32. ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
Maksud:
bergotong-royong atau bantu-membantu apabila membuat sesuatu pekerjaan.
33. sambil menyelam minum air
Maksud:
membuat dua pekerjaan dalam satu masa.
34. sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
Maksud:
segala kebaikan yang telah lalu terhapus disebabkan kesalahan yang sedikit.
35. sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Maksud:
jika tekun dan sabar membuat sesuatu pekerjaan, akhirnya akan berjaya juga.
36. serkap jarang
Maksud:
tekaan yang diharapkan betul.
37. seperti anjing dengan kucing
Maksud:
dua orang yang sering bertengkar apabila bertemu.
38. seperti kerbau dicucuk hidung
Maksud:
seseorang yang bodoh mengikut sahaja apa yang diarahkan.
39. seperti kacang lupakan kulit
Maksud:
seseorang yang tidak mengenang jasa atau budi orang yang pernah membela atau menolongnya.
40. seperti katak di bawah tempurung
Maksud:
orang yang terhad pengetahuan atau pengalamannya. Apa yang diketahui ialah hal-hal yang ada di sekelilingnya sahaja.
41. seperti pahat dengan pemukul
Maksud:
seseorang yang membuat sesuatu pekerjaan yang perlu dijaga, kalau tidak pekerjaannya tidak akan sempurna.
42. siapa makan lada, dialah terasa pedas
Maksud:
orang yang membuat kesalahan itu akan terasa apabila perkara itu dipercakapkan.
43. tajam akal
Maksud:
orang yang cepat menerima pelajaran.
44. talam dua muka
Maksud:
seseorang yang berpura-pura baik dengan kedua-dua belah pihak yang bermusuhan tetapi sebenarnya melagakan mereka.
45. tangan terbuka
Maksud:
orang yang menerima kedatangan seseorang dengan penuh sukacita.
46. tangkap angin
Maksud:
membuat kerja yang sia-sia.
47. tawar hati
Maksud:
orang yang tidak mempunyai semangat untuk melakukan sesuatu.
48. tiada rotan akar pun berguna
Maksud:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan